Aku hanYa peREMPUAN akHIR zaman YANG cuba MEnjadi SOLEHAh..

bersama Menuju KE ARAH NYA..

Wednesday, 24 September 2014

Tak kuat pena menulis, tak kuat tangan menaip, tak kuat juga mata menahan, juga tak kuat hati merintih.

Kadang-kadang rasa pergilah engkau wahai rasa sayang. Engkau yang membuatkan aku rasa begini. Kerana engkau aku tersesat begini. Ya. Sayang yang seperti entah ke mana engkau pergi. 

Perasaan. Kenapa engkau masih mahu begitu? Kenapa engkau masih menyiksa jasadmu? Perasaan. Aku tahu engkau rimas begini. Aku tahu engkau sedar engkau sakit. Aku tahu
engkau rasa penat begini. Aku tahu dan aku rasa. Kerana engkau dan aku sangat dekat. Aku jasadmu. Dan engkau rasaku. 

Tapi kenapa engkau tak pernah berputus asa? Kenapa engkau tak pernah menzahirkan rasa kecewa?
Kenapa engkau sanggup berpura-pura kuat di hadapan manusia? Apa yang engkau dapat wahai perasaan? Engkau lemah. Engkau tak pernah kuat. Kalau engkau kuat, engkau akan tinggikan ego, engkau tak akan biar mata jasadmu basah bila bersendirian. 




Sememangnya engkau lemah. Bagi kau perasaan itu hanyalah satu. Hanya rasa sayang. Tak pernah ada rasa lain. Tak pernah ada benci jauh sekali rimas, bosan dan menyampah. Tapi yang kau tangiskan selalu itu apa? Aku pasti tangisan itu bukan rasa bahagia. 

Sabarlah wahai perasaan. Jika kau rasa kau disakiti, kau dicaruti, kau lihat ke langit. Langit itu luas wahai perasaan. Apa yang terjadi ada yang memerhati. Jangan dibalas rasa benci. Jangan dibalas kata-kata kesat. Biarlah engkau berduka sendiri. Asalkan kau terus menyayangi. 

Wednesday, 26 February 2014

akhi :)

"Akhi,
Asif andai pendirian ini,
Memberi tamparan hebat buat akhi.
Di sini kalam ana berbunyi,
Setelah terlanjur kita memasuki,
Alam yang berduri,
Terhinggap pada hati,
Cinta yang dilarangi,
Di lubang duniawi.


Perjalanan ana ke sini,
Bukan untuk natijah ini.

Ketahuilah akhi,
Diri ini bukan lemah untuk diratapi,
Tapi pejuang seolah serikandi,
Yang harus teguh berdiri.

Beritahu ana , akhi..
Sedalam mana cinta telah bersemi,
Seolah hebat mengalahkan naluri,
Adakah sanggup akhi temani,
Andai ana dipanggil Ilahi ?
Beritahu ana , akhi..
Sekuat mana cinta telah berputik,
Seolah bisa melawan detik,
Adakah sanggup akhi memetik,
Andai iman ana sudah tercarik ?


Beritahu ana , akhi..
Setulus mana cinta kita,
Seolah takdir itu milik kita,
Padahal maksiat menang bertakhta,
Di akhirat cuma derita,
Sanggupkah akhi pergi meminta,
Dosa ana untuk dibahagi rata ?


Aduhai indahnya ana mengenangkan,
Sebuah pertemuan,
Yang diikat atas nama Tuhan,
Sebuah perkenalan,
Ketika sama-sama di medan perjuangan.


Aduhai manisnya kenangan yang terjalin,
Seolah sekeliling kita diterangi lilin,
Namun tercemar diragut malin,
Kerana hakikat terseksa batin.


Ayuh, bangkitlah wahai mujahidku,
Pergilah berdagang sampai laku,
Biar penuh iman di saku,
Jangan mengalah terduduk kaku.


Nafikan semua antara kita,
Yang berlaku hanyalah pusaka,
Sebuah harta untuk menusia leka,
Dari syaitan orang ketiga.


Cukuplah di sini kita berbicara,
Soal hati yang berduka lara,
Antara kita bukan sesiapa,
Melainkan cuma pertemuan biasa,
Dan dijadikan syaitan sebagai mangsa."
— Puisi Cinta Buat Akhi by Kak Tuan Nadhirah (Irbid, Jordan)




Penuhi hati dengan cinta dari Allah.
cintai jalan dakwah sebelum mencintai hambaNya.
~SR~




Wanita solehah bukanlah dia yang tanpa cela,Bukanlah dia yang tanpa dosa,Bukan pula dia yang tak pernah alpa.Namun dia selalu berusaha menjalankan perintah Rabbnya,Sentiasa menjauhi larangan Khaliqnya,Mencintai dan menjalankan sunnah Rasulnya.Wanita solehah ialah dia yang selalu berusaha untuk menjadi yang
lebih baik..

Friday, 24 January 2014

cahaya menuju naungan

assalamualaikum. hye people!

lama tak menghapdetkan? guess why. i dont feel like to write. too many things to do to stdy. now im free for 2 weeks. only 2 weeks! -,-

so now what i want to write to share? hihi.. about me lahhh. :)

Norfarazila. you know her? ofcos u know rite?

ok ok before that, nk ckp la english aku ni serupa ohmyenglish so takda maknalah nak berenglish sangat. kalau ye pun konfem ayat tu macam keling mungkin paria mungkin cina mungkin melayu.
 *tak puas hati kenapa yg tak ok ja asyik point kat keling so semua kaum masuk baru adil*

ok dah merepek meraban meratap apa-apa. sudah.

Norfarazila.
21tahun nak masuk 22tahun.
lahir pada hari apa tak ingat 3 ramadhan / 8mac 1992.
tinggi about 150cm berat about 47.5 kg. tak ingat sebab lama tak amk tau. BMI sgt ideal. hiks
cita-cita ahli farmasi.
hobi takda sebenarnya. sebab pemalas.
makanan kegemaran satay minuman kegemaran barli ais.
weh aku ni serupa tulis biodata macam selalu buat dalam buku masa sekolah2 dulu kenapa? tu bila nak berpisah nak tukar sekolah ja oih..

okelahhh.. serius-serius...

Norfarazila yang aku kenal...
orangnya sangat banyak kekurangan...
yang sangat cepat tersentuh jiwanya.
yang sangat sensitif dengan keadaan sekeliling..
selalu terguris hatinya..
walau kadang-kadang dia tak ucapkannya.. hanya org tertentu sahaja yang akan merasa dileter olehnya..
yaa.. dia sangat sensitif.. sangat peka pada setiap ayat perkataan yang diucapkan oleh org lain.
sangat mengingati sangat mendalami sesuatu perkara.
tapi dia tak banyak bercakap.
tak banyak meluahkan.
itu realitinya.

Norfarazila...
oleh kerana dia sangat sensitif, dia mudah kesiankan orang.
walaupun kadang-kadang tak terucap, tapi hatinya tak kental untuk menahan.
siapa tahu selalu saja hati dan matanya menangis bila mengenangkan sesuatu.
itulah kelemahan Norfarazila...

bukan itu saja..
dia juga sangat cemburu orangnya...
jangan cabar rasa cemburunya...
tapi rasanya kalau bab lelaki tu cemburunya hanya pada perempuan yang dipandang gedik olehnya. kah!
dia cuma nak seorang lelaki yang menjaga.
seorang lelaki.
seorang.
lelaki.
bukan untuk dikongsi
mudah dikongsi.
kongsi.

Norfarazila..
setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya..
apa kelebihan Norfarazila..
biarlah dia saja yang mengetahuinya...

< cahaya menuju naungan >



Thursday, 5 December 2013

Dia kawanku :D


AKU :
 tensiii

DIA  : 
????

AKU :
study

DIA : 
 owh...
          Stress belajar...
          jadi nak sesi kaunseling ke??

AKU : 
Stress asgment +presentation

DIA   : 
are u ok??

AKU : 
not really.

DIA : 
assignment byk ke??

AKU : 
emmm

DIA  : 
cerita je... saya cuba bantu yg termampu...

AKU : 
takpelah.
 tak reti lah

DIA : 
la...   xpe lah... ni nasihat je ye.. xkira la,byk mana, sesusah mana pn assignment dgn presentation, itu normal   untuk seorang pelajar... bukan utk menyeksa, bukan utk perkara yg sia2...  rasa2, kalau assignment dgn presentation xde, student ada semangat x nak belajar sendiri??  dengan macam2 hiburan lagi..so utk bagi student belajar, itu la fungsi assignment dan presentation pula utk uji kefahaman pelajar...

AKU :  
tenkiuuuuu
                                                                                

 DIA :
actually ada lagi bnda nak sampaikan... nanti ye saya pm... ada discussion jap... maaf...

DIA : 
salam... ni nasihat nye... belajar utk faham, insyaAllah x stress dpt assignment, presentation atau projek... kalau belajar sja nak tahu je, tu boleh jadi stress bila dpt kerja dari pensyarah.. sebab nye bila dah x faham, banyak bnda kena cari dulu, baru boleh buat assignment... kalau faham awal2, tinggal rujuk bahan sikit2 je... lepas tu terus buat assignment.. x adalah pening2 sgt..
stress sbg pelajar itu biasa dan normal... bagi saya kalau xde stress masa belajar, maknanya seorang student itu x kesah pn apa yg dia dapt apa lagi yg dia x dpt...
ni perkara best tentang stress... stress ada positif dgn negatif... dua2 jenis stress ni bagus... tapi kalau x dpt dikawal dgn baik, lost control la kiranya... tu yg boleh jadi semua bnda yg kita nak buat x jadi je... lepas tu mula lah adegan drama2 menambah dosa... yg ni x mahu cerita la.. hahaha...
cara release stress yg bagus: - jgn panik - rancang semula planning - lepas tu terus mula kerja sikit2... -kalau penat, rilek kejap, borak2 dgn kawan2... bagi ruang minda rehat fikir jap... x elok bagi minda fikir lama2 sgt... kira mcm kita layan budak2.. jgn bagi terus kerja x henti2... nanti dia buat ragam... sama la dgn minda... bagi rehat, lepas tu mula balik...
ni cara yg saya guna bila assignment byk+presentation dgn projek yg x siap lagi... insyaAllah boleh la try pakai... mudah-mudahan sukses!!...

 AKU :
pnjangnyaaaaaaaaa

DIA :
hahha... maaf ter'bebel' gitu...

AKU :
tq sebab caring
haha

DIA :
salah satu hak sesama muslim...
apabila seorang dari kamu meminta nasihat, maka berikanlah kerana hak nya... lebih kurang mcm tu mksdnye...

AKU :
 yup.

 

Monday, 2 December 2013

Sahabat



AMIR SYAHID.
Siapa Amir Syahid?
Dia bukan seorang kawan.
Dia bukan seorang teman rapat.
Dia bukan seorang kekasih.
Tapi dia seorang sahabat.
Seorang sahabat yang tak perlu ada dekat di sisi.
Tak perlu selalu menemani.
Tak perlu mendengar segala isi hati.
Tak perlu setiap hari memerhati.
Terima kasih, Amir…
Walaupun kini tak ada lagi nasihat yang diberi.
Tak ada lagi cerita-cerita yang dikongsi.
Tak ada lagi teguran yang mengguris hati.
Tak ada lagi salam setiap hari yang menemani.
Tapi kenangan dulu tetap ada.
Bukan kenangan keluar bersama.
Bukan kenangan bersembang bersama.
Bukan kenangan bermesra-mesra.
Tapi kenangan yang datang dari nasihat, kata-kata dan teguran yang diberi.
Walaupun kini sudah tiada lagi.
Kau telah jauh dari sini.
Namun ‘kenangan’ itu tetap di hati.
Terima kasih kerana pernah menegur aku tak bertudung labuh seperti di sekolah.
Pernah menegur aku tak berstoking ketika turun bawah blok walaupun sebentar.
Kata Amir, perempuan ini seperti epal.
Epal yang elok selalunya dipetik dari pokok.
Bukan yang gugur di tanah.
Bila digigit sekejap saja dalamnya berubah tak cantik.
Jadilah "APPLELADY"

“true friend will leave footprints in our heart”
 
gambar stalk. hihi . Amir dah nak kahwin ni.

Friday, 29 November 2013

SISTER :)

 Assalammualaikum !! hye pembaca blogkuuu.....



Baju sapa tu hoiii. Tudung sapa tu hoiiii





 This is one of my sisters.
 My second sister.
 Her name is NORFAIZURA BINTI MOHD PUAD. ( I called her, "Kak 'Aaaaa' ")
 She is a teacher at SMK BANDAR UTAMA.
 She born on 20th June 1983.
Now, she is 30 years old.
Dah tua mungkin. haha.
Cepatnya masa berlalu. Dulu masa dia sekolah lagi, aku selalu naik motor dgn dia. Pi sana sini. Kacau dia.
Dan sekarang aku masih mengacau dia lagi.
Sebab apa?
Sebab dia tinggal dekat Selangor.
So nasib dia lah dikacau oleh aku..hihi.
Thanks sis for helping me!
" one of the special things about all my siblings, we are not depend on our parents too much. We are not perfect. Sometimes we share our problems. Sometimes we just keep quiet. But we understand each others. "

Love uolls. -----> Kak Na, Kak 'A, Kak Ani



:(

hari ni.. 12/2/13..
rasa sedih.sangat-sangat sedih.
***********************************
adat bila ada masalah, kita nak luahkan masalah tu.. tak kisah la dengan apa cara sekali pon.. menangis, marah, memaki.. meluahkan pada orang yg kita percaya..