Aku hanYa peREMPUAN akHIR zaman YANG cuba MEnjadi SOLEHAh..

bersama Menuju KE ARAH NYA..

Wednesday, 24 September 2014

Tak kuat pena menulis, tak kuat tangan menaip, tak kuat juga mata menahan, juga tak kuat hati merintih.

Kadang-kadang rasa pergilah engkau wahai rasa sayang. Engkau yang membuatkan aku rasa begini. Kerana engkau aku tersesat begini. Ya. Sayang yang seperti entah ke mana engkau pergi. 

Perasaan. Kenapa engkau masih mahu begitu? Kenapa engkau masih menyiksa jasadmu? Perasaan. Aku tahu engkau rimas begini. Aku tahu engkau sedar engkau sakit. Aku tahu
engkau rasa penat begini. Aku tahu dan aku rasa. Kerana engkau dan aku sangat dekat. Aku jasadmu. Dan engkau rasaku. 

Tapi kenapa engkau tak pernah berputus asa? Kenapa engkau tak pernah menzahirkan rasa kecewa?
Kenapa engkau sanggup berpura-pura kuat di hadapan manusia? Apa yang engkau dapat wahai perasaan? Engkau lemah. Engkau tak pernah kuat. Kalau engkau kuat, engkau akan tinggikan ego, engkau tak akan biar mata jasadmu basah bila bersendirian. 




Sememangnya engkau lemah. Bagi kau perasaan itu hanyalah satu. Hanya rasa sayang. Tak pernah ada rasa lain. Tak pernah ada benci jauh sekali rimas, bosan dan menyampah. Tapi yang kau tangiskan selalu itu apa? Aku pasti tangisan itu bukan rasa bahagia. 

Sabarlah wahai perasaan. Jika kau rasa kau disakiti, kau dicaruti, kau lihat ke langit. Langit itu luas wahai perasaan. Apa yang terjadi ada yang memerhati. Jangan dibalas rasa benci. Jangan dibalas kata-kata kesat. Biarlah engkau berduka sendiri. Asalkan kau terus menyayangi. 

No comments:

Post a Comment