Aku hanYa peREMPUAN akHIR zaman YANG cuba MEnjadi SOLEHAh..

bersama Menuju KE ARAH NYA..

Monday, 2 December 2013

Sahabat



AMIR SYAHID.
Siapa Amir Syahid?
Dia bukan seorang kawan.
Dia bukan seorang teman rapat.
Dia bukan seorang kekasih.
Tapi dia seorang sahabat.
Seorang sahabat yang tak perlu ada dekat di sisi.
Tak perlu selalu menemani.
Tak perlu mendengar segala isi hati.
Tak perlu setiap hari memerhati.
Terima kasih, Amir…
Walaupun kini tak ada lagi nasihat yang diberi.
Tak ada lagi cerita-cerita yang dikongsi.
Tak ada lagi teguran yang mengguris hati.
Tak ada lagi salam setiap hari yang menemani.
Tapi kenangan dulu tetap ada.
Bukan kenangan keluar bersama.
Bukan kenangan bersembang bersama.
Bukan kenangan bermesra-mesra.
Tapi kenangan yang datang dari nasihat, kata-kata dan teguran yang diberi.
Walaupun kini sudah tiada lagi.
Kau telah jauh dari sini.
Namun ‘kenangan’ itu tetap di hati.
Terima kasih kerana pernah menegur aku tak bertudung labuh seperti di sekolah.
Pernah menegur aku tak berstoking ketika turun bawah blok walaupun sebentar.
Kata Amir, perempuan ini seperti epal.
Epal yang elok selalunya dipetik dari pokok.
Bukan yang gugur di tanah.
Bila digigit sekejap saja dalamnya berubah tak cantik.
Jadilah "APPLELADY"

“true friend will leave footprints in our heart”
 
gambar stalk. hihi . Amir dah nak kahwin ni.

No comments:

Post a Comment