Aku hanYa peREMPUAN akHIR zaman YANG cuba MEnjadi SOLEHAh..

bersama Menuju KE ARAH NYA..

Friday, 26 July 2013

sweetheart!!!!



My sweetheart!
Rindu pulak kat anak2 sedara.. aku panggil anak menakan… kalau duk kat Selangor ni, teringat yang kat perlis, klw duk perlis teringat yang kat sini..
Sekarang ni jumlah anak2 menakan aku tujuh orang..tiga lelaki, empat perempuan
Adam Fuzaihan Norhamizan (08071999)
Nur Adlin Sufiya Norhamizan (24042001)
Rizki Nur Raisya Norhamizan (10032010)
Seri Nur Farcinta Heizee Farzumie (15032010)
Taqris Mohd Redzuan (13092010)
Jebat Alief Putra Heizee Farzumie ( 17072012)
Tasneem Mohd Redzuan ( 07122012)

Seawal umurku 7 tahun dah dapat anak nakan.. so tak da la istilah manja! Yang sulung pun dah form 2.. yang ke2 dah darjah 6.. kadang2 depa cakap kat kawan yang aku ni kakak depa..haha.. yang adam tu kami panggil amin.. yang adlin tu, panggil combi.. pelik kan? Haha…

Sembilan taun lepas tu baru la lahir si seri dengan raisya.. masa ni aku free sebab time ni dapat result spm…

Ingat lagi time tu.. 10hb raisya lahir…10hb pas test Jpj , 11hb dapat result SPM 
15hb seri pulak lahir.. penat doh time ni… dua2 berpantang kat umah.. aku la kena tolong… penat penat penat.. dengan amin n combi nak p sekolah la, makan depa la, nak basuh kain la, mandi la.. yang nu la, ni la.. haih…
Taqris pulak lahir msa raya.. hari ketiga tak silap aku.. msa nk lahir ni kak aku susah sikit.. taqris pun dah nak lemas dah.. kak aku tak rasa sakit, walaupun doctor dah nmpak kepala taqris. So mcmna nk meneran kalau tak rasa nak keluar kan? Hmm.. takotnya….
Masa tasneem pulak, abang ipaq aku masuk sekali bilik bersalin tu.. nanti aku nk suami aku masuk sekali la… hiiii…

Unik kan nama jebat.. ni nama dah lama depa prepare. Ingatkan masa mengandung seri tu nak dpt anak laki, so kak aku memg sediakan nama jebat alief.. sekali dapat perempuan.. so nama seri tu kira bidan terjun la.. huhu.. pastu sekarang ni dia baru dapat idea nk letak nama Orkid Serarina.. haha. Menyesal katanya tak letak nama tu kat seri… mengada kak aku ni.. haha…

So they are my sweetheart.. banyak duit aku habis kat depa kay… okey, bukan duit aku, duit kerajaan..haha..

bye people!

Friday, 12 July 2013

impianku…



assalamualaikum..

hye people!
Boring nya cuti ni. Even kena jaga taqris, still rasa boring.. rindunya nak kerja..rindunya kat perlis..rindu2!

Hmm..pejam celik pejam celik.. lagi 2 tahun untuk habiskan kos pharmacy ni.. cant believe it yg aku ni akan masuk alam pekerjaan. Akan berkahwin. Akan bersalin. Oh, no!.. macam kecik ja lagi.. masak pun failed lagi!

Nak masuk 3rd year ni, risau cket la dengan stdy.. dgq kata mcm susah sebab dah masuk clinical.. takotnya aku.. hmm.. takpalah, ini yg aku pilih.. walau pun kadang2 aku pun terpikir sebab apa aku pilih kos ni.. padahal tak minat sgt pun..

Apa yang aku harapkan, aku dapat grad dengan sempurna pada oktober 2015 nanti..insyaallah.. lepas grad, harapnya, dapat la bekerja sebagai pharmacist. Nak bahagiakan keluarga dulu.. lepas tu baru la nk kahwin. Target aku paling awal kahwin pun dalam hujung tahun 2016.. ala, time tu baru 24tahun.. kira ok la tu.. harap bakal suami setujulah.. ngehngehngeh.. sebelum tu boleh la belajaq masak dulu..

Bercakap pasal kahwin ni.. takotnya aku nak membayangkan..
1st sekali sapa bakal suami aku? Takot apa yg dirancang tak menjadi… pastu pikiaq pasal family pulak.agak2 family dia boleh ke terima aku dgn family aku? Walaupun pada aku, aku tak penah kisah pun pasal tu, tapi taktaula pihak depa cmna kan.. kalau duk pikiaq bab ni ja, sampai bila2 aku tak kan bersalin..haha.. kaitan pulak…

Tapi tu la antara impian terbesar seorang perempuan..nakkan perkahwinan yang terbaik..bukannya hantaran yg termahal.. orang kata, yang sedikit maharnyalah yang berkat pernikahannya.. so jgn nk over2 sgt ya wahai pihak perempuan… :)

Sesudah kahwin tentulah nak ada anak..tak kisah la berapa pun . rezeki allah bagi kan.. kalau boleh, nak sgt anak2 aku masuk sekolah agama dari kecik lagi.. memg sekolah agama bukan jaminan untuk dia terus baik smpai ke besaq, tapi atleast asas2 agama tu dia tau.. n atleast kita sbg parents dah berusaha untuk yg terbaik buat anak kita.. tak begitu?

Actually, impian2 aku ni tak dak la special mna pn.. sebab bagi aku bahagia itu yg seronoknya.. dan bahagia tu bukan lah kaya, bukan terkenal, bukan sebab cantik, handsome.. tapi BAHAGIA ITU DATANG BILA KITA BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA..

Aku hanya nk rasa bahagia bersama2 orang yg aku sayang.. semoga allah memberikan mereka2 untuk menceriakan hidupku… :)



Thursday, 11 July 2013

CINTA MANUSIA



Cinta Manusia..


Hye people!

Lama rasanya aku tak hapdate blog..heee.. bukan tak da apa nak diluahkan. Cuma kekangan masa tu.. cewahh. Bajet cbuk konon. Memg la cbuk kalau setiap msa buat benda lagha kan.. bukan nya tak cukup 24jam yang ALLAH Bagi tuh.. kita ni manusia yang tak pandai guna..

Masa short sem ritu macam tak busy so sempat la melayan movie sikit. Istanbul Aku Datang. Orang dah berkerak dah tengok cita ni.aku baru nak layan. Sonok tengok lisa dalam cita tu. Bukan bab pakaian yang agak seksi tuh, tapi pasal character dia dlm cita tu..independent and dia selalu mengalah dengan bf dia. Sampaikan dia ditipu akhirnya..gagaga…


Hmmm. Kenapa aku titlekan cerita kali ni sebagai cinta manusia? Sebab aku tengah bermain dengannya. Some people mybe akan kata, wahh,,tengah bahagia la tu.. some people pulak kata, ishh.. lagha tu zila… and some people akan kata, awal lagi zila, tak tentu lagi dia jodoh kita.. and sebahagian lagi akan kata, teruskan, dia dengan awak nmpak sesuai!.. tapi tau tak hati aku kata apa? Semua ni hati aku kata! Yess, semua! 


So apa aku nak buat bila semua rasa ada dalam hati.. lebih2 lagi kalau perasaan tu sendiri yg buat hati ni selalu sakit dan tak tenang. Memg aku mengharapkan apa saja yang hadir dalam hidup aku akan kekal dan akan bertahan selamanya. Tapi percaturan ALLAH kita tak tau macam na. takot bila mengenangkan apa yg kita rancang tak menjadi.takot nak lalui hari tu.takot sebenarnya. 


Beginilah cinta manusia yang aku definisikan sebagai cinta kearah manusia itu. Cinta kepada seseorang yg belum halal bagi kita. Yup, kita tahu kita tengah bersama dengan orang yang belum halal bagi kita. Dan kita perlu sedar kita bukan sesiapa bagi org itu kerana kita belum halal baginya. Dan kerana itu tolonglah jangan terlalu mengharap dan mengimpikan sesuatu yang indah dengannya kerana DIA BELUM MILIK KITA. Dia boleh meninggalkan kita walau sekuat mana setianya kita. Dia susah untuk berubah mengikut cara kita kerana kita belum cukup pentingnya buat dia. Jadi mengapa bazirkan masa, korbankan masa untuk dia? Cukup sekadar rasa itu sahaja. Cukup zila. 


Tapi senang ke nak membiarkan rasa itu hanya menjadi rasa? Senang ke zila? Tak sebenarnya..

Wahhhh.. jiwang pulak kan.. maybe orang tak paham apa yg aku tulis.. lantak la ang.. hati tak tenang so ayat pon tak tenang la.. kahkahkah..